NADI – ESUKAN: Pertandingan Nadi E-Sukan Madani Legend -Mobile Legends (Peringkat Saringan Julai)

6 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

5 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Pertandingan NADI – ESUKAN MADANI Legend -Mobile Legends (Peringkat Saringan Julai).

Pertandingan NADI E-Sukan MADANI – Mobile Legends (Peringkat Saringan Julai) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 2 pasukan, iaitu 7GL dan JOKER F3, melibatkan seramai 10 orang peserta. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan komunikasi yang berkesan. Sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang kompetitif serta strategi permainan yang baik. Namun, pasukan 7GL berjaya menguasai permainan dengan prestasi yang lebih konsisten dan akhirnya menewaskan JOKER F3. Kemenangan ini melayakkan pasukan 7GL mara sebagai pemenang bagi peringkat saringan Julai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali